20101024

Hati Kecik Bisik,

Sekarang aku mula menapak dan berperang untuk memilih jalan yang terhidang depan mata. 
Aku sampai di satu titik dan berhenti. Mula tercungap-cungkap mencari nafas baru.
Jika aku memilih jalan pertama,maka tentulah ada jalan kedua dan ketiga. 
Jalan pertama jika diambil,jaraknya terlalu jauh dengan jarak kedua.
Begitulah juga jarak ketiga. 
Sekiranya aku berpatah balik,mungkin gelap peluang yang mungkin bakal diterima,jika sudah memilih.
Tetapi mungkin aku di zon selamat kerana masih berada di atas titik itu tanpa pergerakan.
Kata kata iblis mula terpancul kejam,
" Apa jalan yang kau nak pilih dalam hidup ni? "
Ahh. Kepala kabut rosak. Setiap jalan, beribu lakaran baik buruk terbayang.
Sekarang aku mula faham musuh aku hanyalah kotak minda aku sendiri.
Diam.

No comments: