20101105

Terkedu,Terkunci Malu!

Situasi sebegini jarang berlaku..


Tapak tangan.
Mula mengigil,kesejukan.
Gengam rapat.
Tasik Darulaman,Jitra.
Langkah demi langkah.
Tersusun seperti main lego.
Jantung.
Berdegup deras.
Eh,kenapa kamu ni?
Sambil berjalan.
Berhenti dahulu.
Kerana terpandang lelaki berbadan kurus kering.
Seluar jeans lusuh,berbaju t-shirt.
Berambut hitam,kerinting.
Bersama kawan kawan.
Ahh,teruskan langkah.
Dalam hati terkumat-kamit berdoa.


Sampai.

Kedua-dua mata.
Terpaku rapat memandang.
Terkedu kali pertama.
Eh,tegurlah dia Myra!
Seganlah.
Tak berani.
Aduh!Alamak!
Kentalkan hati.
Hai!
Suara serak serak basah.
Matanya! Mataku!
Terkunci rapat.
Ini bahagia.
Tak lepas.
Biarkan terkunci!
Matanya mataku terkunci,keduanya!
Saat bahagia.
Biarkan!
Selamanya!
Pedulikan sekeliling,cerita taman sedang berkembang!
Inputkan sedikit senyuman!
Ah,asyik! Ini bahagia!
Detik cemas semakin indah.


Selama 20minit.
Detik cemas terkunci rapat!
Masing-masing terdiam.
Ah,bodoh.
Kenapa toleh ke kiri?
Kenapa tak terus pandang?
Jantung.
Semakin berdegup laju.
Tersusun manis,senyuman.
Bentuk-bentuk gigi.


Matanya.
Tidak terlepas memandang.
Senyumnya bikin amuk.
Terlalu indah!
Ya,benar!
Jika itu jodohku,bagaimana?
Jangan sekarang,hati berdegup makin laju.


Akhir.
Minta untuk pergi.
Kesal.
Hanya sekeping senyuman manis diukir.
Bersama bentuk gigi bersalut besi warna warni.
Kesal.
Menjadi memori kerana mata kita pernah terkunci.
Bila lagi popcorn dan coke mahu terpaku?

No comments: