20101031

Permintaan Saya Ini

Saya akan mula 'berperang' pada selasa 23 November 2010 kelak,dan saya akan habis 'berperang' pada hari isnin iaitu 20 Disember 2010,lebih kurang 22hari lagi nak berjihad dalam dewan peperiksaan. Arghh. Tekanan sungguh.

Otak kosong aku mula berfikir mampu atau benar - benar bersedia atau tidak aku menerima keseluruhan keadaan ini?
Gigilan. Itu ketara aku mula rasa, sungguh. 
Tiap kali aku fikir aku nervous.
Tapi, kata guru aku dulu, nervous itu wajib untuk tidak memanjakan diri agar hasilnya seperti yang kita mahu.
Keyakinan tidak harus dilebih - lebihkan.
Sekarang, aku perlu kuat. perlu kuat dan perlu kuat. tiada lain.
Jadi aku bersedia. Aku bersedia menerima seluruhnya, kelilingnya, atas dan bawah!
Lagi payah, lagi nikmat, lagi sedap, lagi berahi nak jawab soalan.
Kerana itulah aku jarang meluangkan masa bersama papan kekunci berwarna putih milik aku yang agak lapuk putihnya tetapi bersemangat menuju kekuningan.
Maka senyaplah sekarang.
Jadi jika mahu berkomunikasi dengan aku, tinggallah pesanan kamu disini atau di ruang shout out loud atau juga di mana - mana yang kamu pandai cari.


segala jahat saya,
segala kurang hajar saya,
segala bodoh saya,

segala kelam kabut saya,
segala lurus saya,
segala gila saya,
segala kasar saya,

segala malas saya,

Segala di atas beberapa kesilapan aku atau untuk menyedapkan hati,aku mintak maaf kepada semua? :)

No comments: