20101010

Wajar Disamakan Seperti Iblis !

Tarikh keramat 9/11 tidak pernah gagal bagi Amerika dan Barat untuk memperingatinya dan terus menerus menghasilkan propaganda yang sangat dahsyat. Tarikh 11 September berterusan melekat di kepala seluruh penduduk dunia. # Imbau seketika imej pesawat merempuh bangunan World Trade Center (WTC) di New York,asap dan debu berkepul naik ke udara,api mula marak,suasana kelam kabut,diulang ulang tanpa jemu.


Hinggakan anak kecil pun tahu tentang tarikh tersebut lalu mula bersuara ' Mengapa orang Islam membunuh orang Amerika? Tepuk tangan kuat kuat untuk kejayaan kempen 9/11 ini yang seterusnya menjadikan tarikh itu hampir sama penting dengan Hari Natal. Hasilnya,Islam telah berjaya mereka paterikan sbg agama ganas. Kejamkan Islam? Betapa zalimnya Amerika dan sekutu rapat mereka,rejim Zionis Israel. Saya sangat dingin apabila tarikh 30 September 2010 berlalu begitu saja. Kosong. #Seorang kanak2 MUHAMMAD AL-DURRAH telah dibunuh kejam oleh tentera Zionis pada tarikh itu. 


Namun tiada yang memperingati tarikh ini. Cukup hebat bagi Amerika dan sekutunya mengaburi mata dunia dengan tujuan tidak lain tidak bukan supaya semua warga dunia didoktrinkan bahawa Amerika telah dizalimi. Wah,terbalik sudah. Yang 'menzalimi' mereka pula adalah Islam. Barat,khususnya Amerika mahu dunia melabel Islam sbg agama pengganas dan mereka adalah mangsa kepada sebuah agama yang ganas. Terselit juga tarikh 4 April yang perlu diingati oleh seluruh penghuni dunia iaitu Perang Bosnia yang terkorban majoritinya penduduk Islam Bosnia. Satu perang yang paling dahsyat dalam sejarah manusia moden. Tapi Amerika dan Barat gunakah seluruh usaha serta mesin propaganda mereka utk memperingati tarikh tersebut? TIDAK sama sekali. Cara Amerika dan Barat memperingati tarikh 9/11 sebenarnya hanya menyerlahkan sikap hipokrit mereka. Malangya,sebahagian daripada kita terpedaya dengan propaganda hipokrit itu !

No comments: